Posts

Showing posts from August, 2016

D2-BM2-Set 4

Soalan 3 Pengetahuan dan kemahiran bahasa a) Tulis ayat bagi perkataan dibawah untuk menunjukkan anda faham maksud ayat tersebut air mata - Air mata kakak mengalir saat menonton drama korea setiiap hari selasa itu. mata air - Perigi di sungai itu merupakan mata air utama penduduk kampung. bunga kertas - Arsad suka membuat origami bunga kertas. pokok pangkal - Pokok pangkal Ain ini berasal dari negara Myanmar. pangkal pokok - Pangkal pokok mestilah dari akarnya. b) Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada bersusunan songsang Pihak penganjur sebentar tadi telah menerangkan tentang syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif. Di dalam almari perhiasan,tersusunnya koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan rakannya. Sambutan orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu sangat menggalakkan. c) Senaraikan dan betulkan kesalahan.  Negara ekonomi pendapatan tinggi (pendapatan ekonomi negara tinggi ) / kommited ( komited ) strateji ( strategi ) / per...

B2-BM2-Set-2

Soalan 3 Pengetahuan dan kemahiran berbahasa a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan yang anda faham akan                     perbezaan maksud dan penggunaannya. Jalan  1. Ali berjalan jalan di tepi laut untuk menikmati udara yang segar. 2. Masa yang sentiasa berjalan tidak boleh dipatah balik. lepas 1. Lepas kamu habis selesai memuat naik gambar di laman sosial jangan lupa untuk menulis captionnya. 2. Abu bercakap tidak berlapis asyik lepas saja. Tawar 1. Aina sudah tawar hati dengan sikap adiknya yang suka mengadu. 2. Air kopi yang dibuat oleh saya itu tawar. b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud       asalnya. 1. Mandi budak budak di sungai. 2. Di hospital, adik Nurina sakit tenat. 3. Berlian yang ditatah di ats cincin itu cantik. 4. Di taman kanak kanak itu berkejaran. 5. Sangat dingin...

Latihan tatabahasa

Tulis dua ayat bagi perkataan tersebut Dingin - 1. Cuaca hari ini amat dingin.               2. Adam semakin dingin dengan saya sejak dua menjak ini. Diam-  1. Cikgu meminta kami untuk diam agar tidak mengganggu pelajar yang sedang menjalani                       ujian.             2. Azli ini diam diam berisi. Haus- 1. Cuaca panas ini membuatkan saya haus.            2. Tapak kasut saya sudah haus. Tukar ayat pasif kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud nya Kumpulan penari warisan Negeri Johor menarikan tarian zapin mengikut rentak dan iramanya dengan lemah gemalai. Pengadil perlawanan bola sepak memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawan. Dalam perjalanan pulang ke Muar Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai Dalam setiap ayat dibawah terdapat satu kesalahan ejaan dan sat...

Jurnal Harian

Image

Latihan Penanda Wacana

Sedarwarsa ini  sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pencemaran bunyi. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi  yang serba mencabar akal dan minda kita telah dicemari dengan gadjet-gadjet. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari  kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kehidupan kita. Dasawara ini , sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.  Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi  ini, telefon pintar amat penting. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini  memang kita dapat menyaksikan masalah pergaulan antara jantina yang berlainan.  Oleh itu,  kebaikan dan keburuk...

Format Surat kiriman rasmi

1. Secara berpasangan, bincangkan format, laras bahasa dan ciri yang digunakan ; Surat kiriman rasmi Taklimat Laporan Minit mesyuarat Berita Surat Kiriman Rasmi Surat Kiriman Rasmi Format [I1] Garisan lurus [I2] Nama dan alamat penerima [I3] Tarikh [I4] Kata hadapan [I5] Tajuk/perkara [I6] Pendahuluan [I7] Isi surat [I8] Penutup [I9] Tandatangan, nama dan jawatan Laras bahasa biasa: Formal Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek. Taklimat 1)Taklimat satu taraf khalayak ; a) Tajuk b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol c) Kata alu-aluan d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan sedikit ringkasan taklimat. e) Kandungan taklimat f) Penutup g) Sesi soal jawab Taklimat dua taraf khalayak ; a) Tajuk b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa. c) Puji-pujian d) Ringkasan sembah taklimat e) Kandungan f) Sesi soal jawab Laras bahasa biasa: Formal Digunakan d...

Tugasan Pengucapan awam

Terima kasih tuan/pengerusi majlis, Yang berbahagia Prof Dato Dr Noriah bt Ishak pengarah pusat PERMATA pintar, UKM,serta pembantu kanannya, instruktur dan para pelajar yang dikasihi sekalian .Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya Munirah…. Akan membentangkan pengucapan awam yang bertajuk ‘ Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial’.Apa itu media cetak? Saya yakin anda semua mengetahui apa itu media cetak. Dan sebagai seorang pelajar sudah semestinya anda sering membaca suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, risalah dan sebagainya.Disebabkan tempoh 5 minit sahaja saya akan menyampaikan isi seringkas yang boleh. Dalam tajuk ini saya akan memfokus 2 isi penting bagi menyokong pernyataan di atas.1. Media cetak banyak memaparkan bahan-bahan yang boleh dipertikaikan kesahihannya. Cerita-cerita mengenai gosip artis, fitnah memfitnah menjadi agenda utama dalam penghasilan artikel-artikel di paparan media. Kisah-kisah yang dijaja ini memberi impak negatif terhadap masalah sosial di ne...

Jurnal Harian

Esok sekolah. Sabtu sekolah. Ahad cuti. Isnin sampai Jumaat lepas tu sekolah lagi. Sabtu sekolah jugak. Sekolah sampai pengsan. Kenapa! kenapa! hidup ini bagai tiada erti lagi cita cita ku yang tinggi kini telah menjunam. Aku tidak mempunyai apa apa harapan lagi. Degup jantung ini seakan akan terhenti bila mengenangkan sekolah. Wahai sekolah adakah kau akan terus mendera jiwa dan raga ini. Uhuk uhuk uhuk. Darah keluar dari hidung *bukan kanser*. Dak dak 1K2 telah membunuh ke dengan kebaikan ( kill em with kindness ) oh burung best nya hidup kau terbang je keje kau nak beraj lepas je kau nak tidur atas tiang elektrik pon tak de sapa kesah. Hari ini masa pertama fizik lepas tu kemis alhamdulillah syukur terhadap ilahi cikgu su x da. Lepas tu makan, alangkah sedih nya apabila classmate aku memberikan aku beberapa keping pinggan kuih yang dah habis. Mereka membuli ku dengan sangat kejam. Seperti Israel yang menindas Palestin. Sedih bukan..... takpe kepada para pembaca jangan menangis saya ...

Jurnal tengah malam

Image
Memandangkan esok ada kelas BM, cikgu mior plak nak cek blog, jadi terpaksalah aku berkorban jari untuk carrymarks yang dicintai. Sebelah aku ada sebuah buku yang kalau boleh aku tak nak bukak sepanjang hidup aku iaitu CHEMISTRY. Entah kenapa buku ni boleh ada sebelah aku. Yang pasti aku takkan bukak kau wahai kemis. Ini mengingatkan aku pada sejarah hitam aku waktu kelas kemis. OK, kitorang dibahagikan kepada bla bla kumpulan team member aku azzam, afiq ngan saffa. Nak dijadikan cerita setiap kumpulan kene buat slide pasal blablab. Aku ni jenis manusia yang memang takkan bertanggungjawab buat slide sebab selama aku bernafas di bumi permata pintar ni kalau bab slide aku akan cao dulu. Aku dah syok dah memikirkan yang mungkin antara 3 ekor makhluk ni akan buat slide tu. Tetiba aku plak manusia yang perlu membuat slide dengan alasan laptop saffa rosak, laptop afiq tak leh save slide laptop azzam hang lah atas awan lah dalam kuburlah. Aku pun buat lah slide tu. Bila hari presentation ba...

Jurnal Harian

Sekarang tengah prep lagi beberapa minit nak habis prep. Aku duduk di atas kerusi sambil menaip jurnal ni sedang menghitung detik demi detik bila lah prep nak habis. Biasalah ayat klishe manusia yang dah siap kerja sekolah memang macam ni. Yelah siapa tak bangga ini kali pertama aku siapkan kerja cikgu Mior yang macam Gunung Everest ni. Selalu nya dah depan kelas BM baru aku terhegeh hegeh buat. Maklumlah kuasa copy paste memang power. Ni first time aku takde langsung kerja sekolah nak buat selalu nye aku akan siapkan yang major yang minor tu aku tunggu last minit baru buat. Tapi kepuasan tak de homework ni masih tak kuat untuk melawan rasa boring ni. Tak tahu nak buat apa drama yang aku tengah tengok dah habis. Ada yang episod tak keluar lagi. Kalau nak tulis blog nak tulis ape lagi. Takde bende yang menarik ke selain basuh baju, sidai baju, kemas bilik, lipat baju, makan maggie tu semua boring. Kalau nak pergi setinggan best jugak tapi nak buat ape? kat bilik siapa? aduuu ni krisis n...

Latihan minggu 7

Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras iklan yang menarik. Ciri-ciri laras bahasa iklan : * terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan bercetak * struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal * menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan * menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik pengguna * berbentuk pemberitahuan fakta * menggunakan ayat yang ringkas tetapi mudah difahami * bahasa yang digunakan kreatif * banyak menggunakan kata adjektif Contoh iklan: a) slogan : terbukti 99% b) kaedah pernyataan : kereta untuk dijual c) perkaitan konsep : selebriti X menggunakan jenama Y d) pengisytiharan : telefon bersama aksesori lengkap e) kaedah umpan : beli 2, percuma 1 f) mesra : pelanggan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh g) bandingan : jenama X lebih tahan lama dan menjimatkan h) gesaan : Mari! Mari! datanglah beramai-ramai ke Diva's Salon i) per...

Latihan minggu 7

Senaraikan 10 Contoh Istilah Yang Digunakan Dalam Laras Yang Berikut: Laras Matemtik Laras Sains Laras Agama Laras Sastera Laras Bahasa Sains a) Laras Matematik :- Kalkulus Algebra Geometri Hexagon Pentagon Darab Kiub Kon Diskaun Lilitan b) Laras Sains:- Graviti Fotosentisis Respirasi Flora Fauna Osmosis Enzim Asid Alkali Sel c) Laras Agama :- Solat Doa Zakat Puasa Fidyah Makruh Islam Rahmat Sabar Sumat d) Laras Sastera :- Klimaks Hiperbola Ansonansi Aliterasi Simile Konflik Responsi Sinkof Analogi Metafora e) Laras Bahasa Seni :- Anyaman Kolaj Arca Tarian Muzik Corak Kontra Warna Lukisan

Jurnal harian

Setiap Kata Yang Terungkap Umpama Alasan Yang Tak Bernoktah Mengapa Dugaan Melanda Engkau Dan Aku Setiap Bicara Kan Layu ( Korus ) Hilang Di Mana Selalu Dicemar Ungkapan Yang Berbisa Tak Sanggup Lagi Ku Sengsara Engkau Dan Aku Harapan Agar Terus Bersama Dan Ku Tak Mahu Berpisah Andainya Ku Hilang Dalam Cinta Suluhkanlah Aku Dengan Rasa Yang Sempurna Di Dalam Gelapku Dan Terus Bersama Dakapanmu Cinta Yang Sempurna ( Ulang Korus ) Andainya Ku Hilang Dalam Cinta Suluhkanlah Aku Dengan Rasa Yang Sempurna Di Dalam Gelapku Dan Terus Bersama Dakapanmu Seandaiku Hanyut Dalam Cinta Pautkanku Senyum Yang Sempurna Tuk Hiasi Sepanjang Nafasku Dan Bisaku Merasakan Cinta Cinta Yang Sempurna Andainya Ku Hilang Dalam Cinta Suluhkanlah Aku Dengan Rasa Yang Sempurna Di Dalam Gelapku Dan Terus Bersama Dakapanmu Seandaiku Hanyut Dalam Cinta Pautkanku Senyum Yang Sempurna Tuk Hiasi Sepanjang Nafasku Dan Bisaku Merasaka...

Jurnal Harian

Tidak pernah ku merasa Tak tentu arah batinku menyiksa Sejak ketemu dirimu Degup jantungku makin laju Aku tak suka berpura Sekiranya mahu akan ku kejar Tetapi teragak juga Andai terjatuh air muka Kamu di depan mataku Dekat tapi jauh Jauh dari dakapanku Namun teringin ku mengenali Mengenali hati Aku cuba menghampiri Dekat tapi jauh Jauh dari pantauanmu Harus ku mencuba lebih lagi Mengenali kasih Dekat tapi jauh Tak mahu dalam hatiku Terburu-buru tidak menentu Mungkin ku beriya-iya Tapi kau hiraukan saja Kamu di depan mataku Dekat tapi jauh Jauh dari dakapanku Namun teringin ku mengenali Mengenali hati Aku cuba menghampiri Dekat tapi jauh Jauh dari pantauanmu Harus ku mencuba lebih lagi Mengenali kasih Dekat tapi jauh Dekat tapi jauh Kamu dekat tapi jauh Jauh dari dakapanku Namun teringin ku mengenali Mengenali hati Aku cuba menghampiri Dekat tapi jauh Jauh dari pantauanmu Harus ku mencuba lebih lagi M...

Jurnal Harian

Sekarang tepat pukul 12:07 malam dan saya tengah mengupdate blog dan saya belum menutup lampu. Tengah sedap sedap buat kerja. Keheningan ni dipecahkan dengan suara Kak Hani. OMG!!!!!!!!!! aku dengan sepantas kilat pergi menutup suiz lampu dan buka lampu meja. Teman sebilikku iaitu Afiqah Shahirah tiba tiba uncul di depan pintu membawa barangnya. lalu mengambil kasut2 di luar yang melebihi 4 pasang lalu masukkan dalam rak kasut. Kami berdua dah cuak dah tengah tunggu kak hanii bertenggek kat bilik kami bermakna kami dah terlepas. Tetapi suara nya yang nyaring yang sedang memaki pelajar aras bawah ni buatkan jantung kami nak pecah. Tunggu punya tunggu tak muncul2 pun minah ni. Oh dia lupa lah tu. Fuhh..... selamat. Nasib baik Batrisyia seorang rakan aku yang sedang setinggan dalam bilik aku ni sepantas kilat dia lari balik biliknya. Nasib baik suara kak hani macam siren so kitorang dapat timing bila dia datangg. Asrama.............asrama.

Jurnal Harian

Hari ni hari jumaat gaissssss.... penghulu segala hari bertemankan 13/5 yang sawit je pabila bersama... Hari ni... PREP LAGI YANG BERMAKSUD,,,,,,,,,,,,MOVIE TIMEEEEEEEE... Movie hantu lagi lah ye jawabnya...Dalam tempoh tiga hari ni, SUMPAHHHH buang masa gila. LIFELESS. TAK DE PHONE. Tahu tak idea amik phone tu adalah sangat tak munasabah dan rasional. kalau tak de phone, budak2 ni mesti menghadap insta dekat laptop... ape susah???And hari ni dapat phone balik yeayyyyyyy. tak sabar nak whatsapp haihhhh :( i miss my family a lot. thinking to much about them... they are like almost. ughh not ALMOST but... they are everythibg. ehh wait no... they are MY LIFE. It has been a long time i havent seen them. it has been a while,,,,tak pe tak pe. esok jumpa parents yeayyyy.... seronoknyaaa.. huhhuuhu.. dapat ration uyeyyyy... life is so beautiful, but it is just a few pieces of useless creatures in this world wanted to see us burning in hell. Trust me, i will do anything to fight back. Even wit...

Latihan minggu 7

Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan sukan yang selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Pada hari ini, akan berlangsungnya sebuah pertandingan bola sepak suka sea 2011 antara pasukan Harimau Muda dengan Gajah Putih. Kedua-dua pihak pasukan berjabat tangan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Wisel pun dibunyikan oleh pengadil maka bermulalah masa permainan. Pasukan Malaysia bermain dengan corak permainan yang cantik dan kemas. Tidak kurang juga dengan Pasukan gajah putih yang bergerak dengan lincah dan hantaran bola yang tepat. Kedua-kedua pihak pasukan bermain dengansemangat kesukanan yang tinggi dan bersaing secara sihat di atas padang. Pada minit ke 24 permainan Badrul Bakhtiar telah berjaya meletakkan pasukan Malaysia di hadapan dengan sepakan deras yang terbias masuk menerjah gawang pasukan Thailand. Kemudian beberapa peluang terhidang untuk pasukan negara untuk mendapatkan gol kedua, terutama tandukan darip...

Jurnal Harian ( 31 julai 2016 )

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru-baru ini mengkritik Perancis kerana mendermakan wang kepada kumpulan 'anti Israel' Dalam mesyuarat mingguan kabinetnya, Netanyahu menyuarakan laporan media baru-baru ini yang menurut kerajaan Perancis sedang menimbang mengharamkan pembiayaan asing ke atas masjid berikutan serangan pengganas baru-baru ini. "Ini kedengaran agak biasa kepada kami. Kami juga terganggu dengan derma kepada organisasi yang menafikan hak kewujudan negara Israel," katanya yang meminta siasatan dilakukan terhadap perkara itu. Katanya, siasatan itu mendapati wujud sokongan kewangan daripada Perancis dan negara Eropah tidak dinamakan untuk beberapa organisasi yang terbabit "menghasut, menggesa memboikot Israel dan tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel." Netanyahu berkata, beliau bercadang untuk mengarahkan siasatan penuh dan mengemukakan penemuan itu kepada kerajaan Perancis. "Kami akan membincangkan perkara ini denga...

Jurnal harian ( 1 ogos 2016 )

ROME: Itali akan mempertimbangkan membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan udara Sigonella di Sicily untuk serangan ke atas militan IS di Libya jika diminta berbuat demikian, kata Menteri Luarnya, Paolo Gentiloni. Kedua-dua sekutu NATO itu bersetuju Februari lalu bahawa Itali hanya membenarkan AS menjalankan serangan "pertahanan" dari sana. Pesawat AS mengebom sasaran IS di Libya semalam, atas permintaan kerajaan Tripolis disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bagi membantu mengusir militan dari bekas kubu kuat mereka di Sirte. Pihak berkuasa AS berkata, serangan itu adalah permulaan kepada satu kempen kekal. Apabila ditanya stesen televisyen RAI jika AS akan dibenarkan menggunakan pangkalan tentera ketika kempen udara, Gentiloni berkata: "Jika ada permintaan, kami akan mempertimbangkannya." Sumber kerajaan Itali berkata, setakat ini negara itu tidak diminta berbuat demikian. Kerajaan boleh meluluskan penggunaan pangkalan di timur Sicily tan...

Jurnal Harian

HONG KONG: Ratusan penerbangan dibatalkan manakala urusan di hab kewangan Hong Kong terpaksa ditutup berikutan Taufan Nida yang membadai kepulauan itu, dengan angin kencang dan hujan lebat manakala kawasan rendah diarah bersiap sedia menghadapi banjir. Taufan besar pertama Hong Kong tahun ini membawa bersama angin kencang 100 kilometer sejam selepas mendarat di wilayah Guangdong di China dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kuning menandakan hujan lebat pada jam 5.20 pagi waktu tempatan. Lebih 150 penerbangan dibatalkan, kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang, dengan syarikat Cathay Pacific dan Dragonair memberi amaran tiada satu pun pesawat akan beroperasi sehingga jam 2.00 petang. Ratusan penumpang terkandas di lapangan terbang dan 290 penerbangan ditangguhkan. Taufan Nida bergerak perlahan ke kawasan pedalaman Guangdong dan angin berhampiran pusatnya menunjukkan tanda lemah, menurut Balai Cerap Hong Kong. Jalan raya lengang dan kedai ditutup sehingga petang Isnin apabila isy...

Jurnal Harian

Mengapa pelbagai persoalan di minda ini banyak. Sebenarnya ayat pertama ni tak de kene mengena pon dengan apa yang saya nak tulis. Kakakakakka. Saya nak citer lah sikit saya ni minat Kpop tapi saya bukan Kpopers fahamkan? Disa macam ni kalau Kpopers kau ni jenis yang menjerit jerit bila dengar pasal kpop dan kau akan nak tahu semua bende pasal kpop dan aku ni jugak bukan species Dieheart fan macam sesetengah orang yang hanya setia selamanya pada satu grup je kau bagi lah manusia paling sado pon dia taknak. Sebab aku ni jenis yang ceoat jemu dengan satu bende je. Samalah macam crush, nafsu aku ni suka pindah2 kejap suka mamat ni kejap mamat lain plak. Conclusion, aku ni mmg x leh kapel. Tapi takut tak leh kawen plak. Eh, jgn lah!!!!!!!!!!!! ok sambung. so aku ni open lah semua aku minat. Yang nak storinye aku pon tak paham lah dengan aku sekarang sem ni je aku dah habis kan nak dekat 10 drama korea yang tengah tengok sekarang ni dah dekat 10 drama jugak yang aku tengah tunggu drama yang...