Jurnal Harian
Sekarang tepat pukul 12:07 malam dan saya tengah mengupdate blog dan saya belum menutup lampu. Tengah sedap sedap buat kerja. Keheningan ni dipecahkan dengan suara Kak Hani. OMG!!!!!!!!!! aku dengan sepantas kilat pergi menutup suiz lampu dan buka lampu meja. Teman sebilikku iaitu Afiqah Shahirah tiba tiba uncul di depan pintu membawa barangnya. lalu mengambil kasut2 di luar yang melebihi 4 pasang lalu masukkan dalam rak kasut. Kami berdua dah cuak dah tengah tunggu kak hanii bertenggek kat bilik kami bermakna kami dah terlepas. Tetapi suara nya yang nyaring yang sedang memaki pelajar aras bawah ni buatkan jantung kami nak pecah. Tunggu punya tunggu tak muncul2 pun minah ni. Oh dia lupa lah tu. Fuhh..... selamat. Nasib baik Batrisyia seorang rakan aku yang sedang setinggan dalam bilik aku ni sepantas kilat dia lari balik biliknya. Nasib baik suara kak hani macam siren so kitorang dapat timing bila dia datangg. Asrama.............asrama.
Comments
Post a Comment