Jurnal harian ( 1 ogos 2016 )
ROME: Itali akan mempertimbangkan membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan udara Sigonella di Sicily untuk serangan ke atas militan IS di Libya jika diminta berbuat demikian, kata Menteri Luarnya, Paolo Gentiloni. Kedua-dua sekutu NATO itu bersetuju Februari lalu bahawa Itali hanya membenarkan AS menjalankan serangan "pertahanan" dari sana. Pesawat AS mengebom sasaran IS di Libya semalam, atas permintaan kerajaan Tripolis disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bagi membantu mengusir militan dari bekas kubu kuat mereka di Sirte. Pihak berkuasa AS berkata, serangan itu adalah permulaan kepada satu kempen kekal. Apabila ditanya stesen televisyen RAI jika AS akan dibenarkan menggunakan pangkalan tentera ketika kempen udara, Gentiloni berkata: "Jika ada permintaan, kami akan mempertimbangkannya." Sumber kerajaan Itali berkata, setakat ini negara itu tidak diminta berbuat demikian. Kerajaan boleh meluluskan penggunaan pangkalan di timur Sicily tanpa satu undian parlimen. -Reuters
Comments
Post a Comment