Jurnal tengah malam


Memandangkan esok ada kelas BM, cikgu mior plak nak cek blog, jadi terpaksalah aku berkorban jari untuk carrymarks yang dicintai. Sebelah aku ada sebuah buku yang kalau boleh aku tak nak bukak sepanjang hidup aku iaitu CHEMISTRY. Entah kenapa buku ni boleh ada sebelah aku. Yang pasti aku takkan bukak kau wahai kemis. Ini mengingatkan aku pada sejarah hitam aku waktu kelas kemis. OK, kitorang dibahagikan kepada bla bla kumpulan team member aku azzam, afiq ngan saffa. Nak dijadikan cerita setiap kumpulan kene buat slide pasal blablab. Aku ni jenis manusia yang memang takkan bertanggungjawab buat slide sebab selama aku bernafas di bumi permata pintar ni kalau bab slide aku akan cao dulu. Aku dah syok dah memikirkan yang mungkin antara 3 ekor makhluk ni akan buat slide tu. Tetiba aku plak manusia yang perlu membuat slide dengan alasan laptop saffa rosak, laptop afiq tak leh save slide laptop azzam hang lah atas awan lah dalam kuburlah. Aku pun buat lah slide tu. Bila hari presentation bapak ah cikgu dengan lantang sekali mengkritik slide yang aku usaha kan selama 3 hari 2 malam tak tido tak makan tak minum tu. Padahal slide grup lain bapak hambar. Aku pun melemparkan senyum tak ikhlas kat cikgu. Cikgu ni pun satu kalau nak kritik slide aku pon pandang lah ni maki hamun lah pastu suro kitorang blah macam tu je. Eh! classmate aku pun puji slide aku mantap *bangga sekejap*. Conclusion yang aku dapat dari cikgu adalah kalau buat slide kene background putih tulisan hitam full stop.

Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif