Latihan Penanda Wacana
- Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pencemaran bunyi.
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah dicemari dengan gadjet-gadjet.
- Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kehidupan kita.
- Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, telefon pintar amat penting.
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan masalah pergaulan antara jantina yang berlainan.
- Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
- Dengan ini, usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ubi gadong amat bagus dalam bidang perubatan. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
- Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.Justeru itu, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya.
- Pada era globalisasi ini, para pelajar sering ponteng sekolah dan pergi ke kafe siber.
- Dalam zaman yang serba canggih ini, isu buli di alam maya semakin berleluasa.
- Lantaran itu, marilah kita bersama-sama menangani kes ini.
- Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.
- Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
- Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Ridzuwan.
- Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
- Di samping itu, komputer riba juga mudah dibawa ke mana-mana.
- Seterusnya, perkahwinan pada usia muda penting kerana dapat mengelakkan fitnah dan zina.
- Pada hemat saya, para pengguna jalan raya mestilah mengambil langkah untuk berjaga-jaga bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya
- Pada pandangan saya, dadah merupakan salah satu perosak akhlak diri kita.
- Disebabkan keistimewaan inilah kita patut bersyukur dan berterima kasih.
- Tuntasnya, jagalah kebersihan diri masing-masing agar terhindar daripada segala penyakit.
- Hal ini menggambarkan bahawa sikap setiap usahawan pasti inginkan kejayaan dan keuntungan bagi menyara hidup mereka.
- Dengan adanya kemudahan internet, banyak kebaikan dan keburukan yang kita akan dapat.
- Intihannya, berfikirlah sebelum bertindak.
- Hal ini serupa dengan kejadian culik di Kedah kerana mangsa hilang semasa membeli gula-gula.
- Dalam konteks ini, perkataan muslim dan melayu sering disamakan.
- Dalam perkataan lain, illuminati juga digelar segi tiga bermuda di mana ia ingin membuat new world order bagi melahirkan hanya manusia yang sempurna.
gahdi tu apa ?
ReplyDelete