Latihan minggu 7
Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras iklan yang menarik.
Ciri-ciri laras bahasa iklan :
* terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan bercetak
* struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal
* menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan
* menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik pengguna
* berbentuk pemberitahuan fakta
* menggunakan ayat yang ringkas tetapi mudah difahami
* bahasa yang digunakan kreatif
* banyak menggunakan kata adjektif
Contoh iklan:
a) slogan : terbukti 99%
b) kaedah pernyataan : kereta untuk dijual
c) perkaitan konsep : selebriti X menggunakan jenama Y
d) pengisytiharan : telefon bersama aksesori lengkap
e) kaedah umpan : beli 2, percuma 1
f) mesra : pelanggan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh
g) bandingan : jenama X lebih tahan lama dan menjimatkan
h) gesaan : Mari! Mari! datanglah beramai-ramai ke Diva's Salon
i) pertanyaan : Gatal-gatal? Sapulah bedak jenama X
Comments
Post a Comment