Jurnal Harian

Sekarang tengah prep lagi beberapa minit nak habis prep. Aku duduk di atas kerusi sambil menaip jurnal ni sedang menghitung detik demi detik bila lah prep nak habis. Biasalah ayat klishe manusia yang dah siap kerja sekolah memang macam ni. Yelah siapa tak bangga ini kali pertama aku siapkan kerja cikgu Mior yang macam Gunung Everest ni. Selalu nya dah depan kelas BM baru aku terhegeh hegeh buat. Maklumlah kuasa copy paste memang power. Ni first time aku takde langsung kerja sekolah nak buat selalu nye aku akan siapkan yang major yang minor tu aku tunggu last minit baru buat. Tapi kepuasan tak de homework ni masih tak kuat untuk melawan rasa boring ni. Tak tahu nak buat apa drama yang aku tengah tengok dah habis. Ada yang episod tak keluar lagi. Kalau nak tulis blog nak tulis ape lagi. Takde bende yang menarik ke selain basuh baju, sidai baju, kemas bilik, lipat baju, makan maggie tu semua boring. Kalau nak pergi setinggan best jugak tapi nak buat ape? kat bilik siapa? aduuu ni krisis ni. Nak ulangkaji? tu macam sangat pelik sebab aku tak suka study malam aku lagi suka study pagi sebab pagi semua orang ada hal masing masing malam waktu reunite. Entahlah bila lah Tuhan nak bagi hidayah nak buat ape. Esok Jumaat, katanya esok dah tahu result exco. Harap orang yang aku undi mostly menang. Mana tak nye waktu pengundian calon master hari tu setiap calon yang aku undi semua tak menang. Adu ada sumpahan ke kat aku! eh tak karut semua ni tembikai semata mata. Semoga exco yang dibentuk ini tak boring. Senanya aku lagi suka manusia yang lawak, ceria, bodoh2 macam aku dalam masa yang sama dia professional. Tulah ciri2 manusia idaman aku. Sebab orang yang macam ni dia boleh handle macam macam jenis species manusia kat dunia ni kalo orang tu macam Tora, Hustel ke Nyak ke even Anisah pon dia boleh go. Banyak lagi nak kene tulis ni. Terima kasih lah sudi membaca DUMB BLOG aku ni waktu waktu macam ni. Memang takde peedah kalau baca blog aku ni. Dah gi buat bende lain yang lebih bermanfaat. Kalau dah bosan tahap gaban macam aku baru baca blog ni. BAAAAAAIIIIIIIIYOOO

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif