Jurnal Harian ( 31 julai 2016 )
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru-baru ini mengkritik Perancis kerana mendermakan wang kepada kumpulan 'anti Israel' Dalam mesyuarat mingguan kabinetnya, Netanyahu menyuarakan laporan media baru-baru ini yang menurut kerajaan Perancis sedang menimbang mengharamkan pembiayaan asing ke atas masjid berikutan serangan pengganas baru-baru ini. "Ini kedengaran agak biasa kepada kami. Kami juga terganggu dengan derma kepada organisasi yang menafikan hak kewujudan negara Israel," katanya yang meminta siasatan dilakukan terhadap perkara itu. Katanya, siasatan itu mendapati wujud sokongan kewangan daripada Perancis dan negara Eropah tidak dinamakan untuk beberapa organisasi yang terbabit "menghasut, menggesa memboikot Israel dan tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel." Netanyahu berkata, beliau bercadang untuk mengarahkan siasatan penuh dan mengemukakan penemuan itu kepada kerajaan Perancis. "Kami akan membincangkan perkara ini dengan mereka (Perancis) kerana ancaman pengganas berada di mana-mana saja dan hasutan adalah hasutan," katanya. -Agensi
Comments
Post a Comment