Tugasan Pengucapan awam
Terima kasih tuan/pengerusi majlis, Yang berbahagia Prof Dato Dr Noriah bt Ishak pengarah pusat PERMATA pintar, UKM,serta pembantu kanannya, instruktur dan para pelajar yang dikasihi sekalian .Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya Munirah…. Akan membentangkan pengucapan awam yang bertajuk ‘ Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial’.Apa itu media cetak? Saya yakin anda semua mengetahui apa itu media cetak. Dan sebagai seorang pelajar sudah semestinya anda sering membaca suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, risalah dan sebagainya.Disebabkan tempoh 5 minit sahaja saya akan menyampaikan isi seringkas yang boleh. Dalam tajuk ini saya akan memfokus 2 isi penting bagi menyokong pernyataan di atas.1. Media cetak banyak memaparkan bahan-bahan yang boleh dipertikaikan kesahihannya. Cerita-cerita mengenai gosip artis, fitnah memfitnah menjadi agenda utama dalam penghasilan artikel-artikel di paparan media. Kisah-kisah yang dijaja ini memberi impak negatif terhadap masalah sosial di negara kita. Gejala fitnah memfitnah menjadi ‘trend’ sehingga ia mampu meruntuhkan perpaduan antara satu sama lain. Perselisihan yang kecil mampu menjadi lebih besar dan akan menimbulkan berbagai konflik sesama kita.2. Kita pergi ke isi yang kedua, media cetak menjadi alat mempromosi masalah sosial. Kenapa saya berkata begitu? Cuba anda pergi ke kedai-kedai jual suratkhabar dan majalah. Perhatikan betapa banyaknya majalah yang mengeksploitasi anatomu manusia samada perempuan mahupun lelaki untuk keuntungan. Tidak terfikirkah mereka bahawa cara itu sedikit sebanyak akan meruntuhkan akhlak masyarakat kita.Kesimpulannya, media cetak menjadi pemangkin meningkatnya masalah sosial di negarakita akibat sifat yang rakus dengan keuntungan semata-mata. Jika tidak dibendung ianyamampu meruntuhkan negara sekaligus merosakkan perancangan ke arah negara maju. Akhir kata :-‘ Ada mata pandang,Ada telinga dengarAda mulut bercakap. Sekian dari saya. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment