Posts

Jurnal Harian

Image
Sekarang saya dah kene mula kemas kan barang untuk cuti semester yang akan datang. Stress jugak la sebab kene pastikan semua barang yang saya bawak dikosongkan dan nak kene pastikan bag cukup. hujung minggu ni ibubapa saya datang nak hantar bag dan bawak balik barang yang dah dikemas. Tak sabar nak balik cuti sebab saya dah malas nak bangun awal nak pergi kelas yela sekarangkan baru lepas exam. Dah pendek je malas nak tulis panjang panjang. Tak pasal pasal merepek bukan2.

Jurnal Harian

Image
                                  Perang sudah tamat !!!!!!!! saya amat gembira kerana saya telah lakukan yang terbaik dalam ujian kali ini walaupun major subjek saya tak berapa nak all out kerana soaan yang amat membunuh lagi-lagi Bio. Omaigad tapi kenapa Joyah tere bio !!!!!!!!!!!! saya sekarang tengah ragu-ragu tentang keputusan saya untuuk unian kali ini kerana walaupun saya boleh buat tetapi saya tak yakin langsung dengn jawapan saya. Sedangkan itulah jawapan saya . Nampak sangat saya ni memang yang jenis belajar waktu nk exam je and baru nak buat latihan waktu dah nak exam jee. HEY, Mun ape nak jadi ngan kau ni.......cube lah ubah perangai sikit. Ye saya dah try ubah tetapi tak boleh sebab entah kalau nak belajar saya mesti ada vibe barulah boleh belajar dengan tenang tapi vibe tu datang setahun sekali je susah nak panggil balik argghhhh arghhhgghhh  !!!!! ( banyak nye tanda seru ) OK...

Jurnal harian

Hari ini hari lahir Nurin Shazwani a.k.a Joyah. haisshhh saya hampir terlupa yang hari ini  hari jadi dia, nasib baik dia ingatkan saya waktu solat maghrib . Waktu solat isya' tu dia tak habis2 habis countdown pukul 12 sikit sikit 2 jam lagi 1 jam lagi 12 minit la amende lah minah ni buat sakit otak aku. Pastu dia ni pulak mintak hadiah macam macam dia nak gelang  lokai dia kata gelang dia nak banyak yang cantik cantik je macam dalam instagram tu kalo boleh dia kata dia nak lokai. eeeeeishhh sakai lah minah ni dia nak aq cari kat mana gelang gelang tu malam malam ni. Pastu dia cakap nak kek so saya pun menidakkan lah, ye lah takkan nak buat kek bahan pun tadak. Jadi saya dapat satu idea yang menarik iaitu saya ada kek lapis ngan nutella so saya nak buatkan kek pakai tu, jadi saya sapukan nutella ke seluruh kek lapis tu dan saya pun tindih kan . Tadaaaaa dah siap kek Joyah. Tadi Joyah datang bilik saya pastu dia kata ni first time dia tak sambut birthday tanpa ibubapa dia .Past...

Jurnal harian

Hari ni perikasa Bahasa Melayu, senang lah jugak sebab semua nota yang cikgu bagi semua dah hafal cuma tak leh nak jawab soalan alam sekitar sebab kenapa alam sekitar menjadi guru untuk manusia zaman dulu ? hmmm x kesahlah. Barang yang lepas jangan dikenang. Sejarah senang cuma yang karanagn memulihara candi tu saya buat bodoh2 je sebab macam mne manusia yang kecik macam saya ni  nak memelihara candi yang besar gedabak tu. Tak kan nak duduk kat candi tu lapa hari2 sampai berkilat...... heh x de maknanya. Jadi ayat yang terakhir saya tulis dalam karangan tu ialah 'walaupun saya tidak dapat nak jaga candi yang besar tu, dengan usaha kecil saya ni sekurang kurang nya generasi masa akan datang kenal apa tu candi' wow mesti cikgu tersentap dengan ayat tu. Dapat markah freee. Bagus budak ni x sia2 aku ajar.

Jurnal harian ( 29 April 2016 )

pada perhimpunan pagi ini, dr. ror telah menerangkan kepada kami tentang penggunaan telefon bimbit. beliau memberitahu kami bahawa polisi baharu telah dibuat berkai dengan penggunaan telefon bimbit ini. semua telefon akan disimpan di pejabat dan akan dipulangkan hanya pada hari sabtu dan ahad. polisi ini akan mula diguna pakai pada 2 Mei. saya percaya bahawa polisi ini dibuat atas sebab sebab yang tertentu dan mempunyai banyak kebaikan walaupun ramai yang tidak menyetujui akan tindakan prof ini. selepas tamat perhimpunan, kami telah membuat eksperimen chemistry di makmal kimia. masa kelas biologi telah diambil sekali untuk membuat eksperimen ini kerana guru biologi kami mengambil MC. kami bercampur bersama kelas lain iaitu kelas 1k1 untuk melakukan eksperimen ini. eksperimen bagi kumpulan kami berjalan dengan lancar. walaubagaimanapun, terdapat kumpulan lain yang telah melakukan kerosakan. seperti eksperimen yang lain, setelah selesai eksperimen, kami diberi tugasan untuk menyiapkan la...

Jurnal harian ( 28 April 2016 )

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah. Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya. Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia. Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita. Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita! Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut. Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungu...