Jurnal harian
Hari ini hari lahir Nurin Shazwani a.k.a Joyah. haisshhh saya hampir terlupa yang hari ini hari jadi dia, nasib baik dia ingatkan saya waktu solat maghrib . Waktu solat isya' tu dia tak habis2 habis countdown pukul 12 sikit sikit 2 jam lagi 1 jam lagi 12 minit la amende lah minah ni buat sakit otak aku. Pastu dia ni pulak mintak hadiah macam macam dia nak gelang lokai dia kata gelang dia nak banyak yang cantik cantik je macam dalam instagram tu kalo boleh dia kata dia nak lokai. eeeeeishhh sakai lah minah ni dia nak aq cari kat mana gelang gelang tu malam malam ni. Pastu dia cakap nak kek so saya pun menidakkan lah, ye lah takkan nak buat kek bahan pun tadak. Jadi saya dapat satu idea yang menarik iaitu saya ada kek lapis ngan nutella so saya nak buatkan kek pakai tu, jadi saya sapukan nutella ke seluruh kek lapis tu dan saya pun tindih kan . Tadaaaaa dah siap kek Joyah. Tadi Joyah datang bilik saya pastu dia kata ni first time dia tak sambut birthday tanpa ibubapa dia .Pastu tetibe je dia nagis dia kata dia ridu mak dia. Aduh minah ni time aku tengah sedap makan nasi lemaklah dia nak buat drama. Aku pun pujuklah dia cakap yang dia beruntung setiap tahun sambut birthdaay. Yang aku ni setiap tahun tak sambut birtday sebab ibubapa aku kata tak berdosa kalau tak sambut so aku dah terbiasa tak sambut birtday. Setiap kali birtday aku aku cuma makan minnum tido solat dan lain2. Bagi aku orang yang ucapkan aku HAPPY BIRTHDAY MUN!!!! dah cukup jadi hadiah terbaik aku, sebab sekurang kurangnya diorang ingat.
Comments
Post a Comment