Jurnal harian ( 29 April 2016 )
pada perhimpunan pagi ini, dr. ror telah menerangkan kepada kami tentang penggunaan telefon bimbit. beliau memberitahu kami bahawa polisi baharu telah dibuat berkai dengan penggunaan telefon bimbit ini. semua telefon akan disimpan di pejabat dan akan dipulangkan hanya pada hari sabtu dan ahad. polisi ini akan mula diguna pakai pada 2 Mei. saya percaya bahawa polisi ini dibuat atas sebab sebab yang tertentu dan mempunyai banyak kebaikan walaupun ramai yang tidak menyetujui akan tindakan prof ini.
selepas tamat perhimpunan, kami telah membuat eksperimen chemistry di makmal kimia. masa kelas biologi telah diambil sekali untuk membuat eksperimen ini kerana guru biologi kami mengambil MC.
kami bercampur bersama kelas lain iaitu kelas 1k1 untuk melakukan eksperimen ini. eksperimen bagi kumpulan kami berjalan dengan lancar. walaubagaimanapun, terdapat kumpulan lain yang telah melakukan kerosakan. seperti eksperimen yang lain, setelah selesai eksperimen, kami diberi tugasan untuk menyiapkan lab report. ia amatlah menyusahkan tetapi kerana ia mempunyai carry mark dan saya terpaksa menyiapkannya juga walau apa pun jua cara.
Comments
Post a Comment