Laporan Kem Kepimpinan dan Badan Berunifom di Kem Sri Raudhah
Laporan Kem Kepimpinan dan Badan Berunifom di Kem Sri Raudhah
Pada hujung minggu yang lalu, Pusat PERMATApintar telah menghantar seramai 386 orang pelajar ke Kem Sri Raudhah untuk menyertai kem kepimpinan dan badan berunifom. Kem bermula pada 21 April 2017 dan berakhir pada 23 April 2017. Pengangkutan untuk adalah dengan sembilan buah bas. Saya telah menaiki bas ketiga yang diketuai oleh pelajar 3K2. Bas yang kami naiki terdiri daripada pelajar 2K2, 3K2 dan 4K2.
Objektif kem ini adalah untuk membentuk seorang pemimpin dan seorang pelajar yang berdisiplin, berdedikasi dan berani. Semasa berada di kem tersebut kami dijaga oleh 15 orang fasilitator yang diketuai oleh seorang kem komander yang amat tegas dan tampan. Kami juga dijaga oleh seorang abang yang amat ceria dan digelar Abang Boy.
Sebelum bertolak, timbalan pengarah Pusat Permata Pintar Negara telah memberi sedikit taklimat di dewan serbaguna. Beliau juga menasihatkan kami supaya menjaga disiplin dan mengosongkan minda dan menepati masa semasa kem tersebut. Selepas mendengar taklimat, kami membaca doa yang diketuai oleh timbalan pengarah dan kemudian kami pun bertolak.
Bas ketiga yang tiba di kem tersebut adalah bas yang saya naiki. Kami disambut oleh fasilitator-fasilitator dengan muka yang gembira. Selepas diberi taklimat, semua pelajar yang beragama Islam terus mengambil wuduk dan solat sementara menunggu kawan-kawan yang lain tiba. Selepas makan malam kami terus bersiap untuk solat maghrib dan seterusnya solat isyak. Pada malam tersebut, kami diberi sedikit pengisian dan kerja berkumpulan. Antara pengisiannya adalah ciri-ciri seorang pemimpin. Yang pertama amanah, yang kedua bertanggungjawab, yang ketiga berani, yang keempat bijak, yang kelima disiplin dan yang terakhir menghargai masa.
Pada hari kedua pula kami berkumpul di dewan untuk solat seawal jam 5:30 pagi. Selepas solat subuh kami diberi sedikit masa untuk bersiap kemudian diteruskan dengan aktiviti senamrobik. Kemudian kami makan pagi dan meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu "jungle tracking" dan mandi di sungai. Berkat air yang suci dan asli, kasut kami semua bertukar putih dan bersih. Selepas itu kami pulang dan berehat dan selepas solat zohor aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti memasak nasi menggunakan buluh dan memasak telur yang dibalut dengan lumpur. Kami diarah untuk menyalakahn api sendiri. Pada malam tersebut, selepas solat maghrib dan isyak aktiviti diteruskan dengan sedikit ceramah dan kemudian kami meneruskan dengan aktiviti night walk. Kami perlu berpasangan dan pasangan saya adalah seorang yang amat penakut iaitu Shazwani.
Pada pagi ini kami berkumpul di dewan untuk solat subuh juga seawal 5:30 pagi. Kemudian kami meneruskan aktiviti seperti biasa iaitu senamrobik dan makan pagi. Selepas itu kami menyambung kerja berkumpulan dan kemudian kami harus membentangkan hasil kerja kami mengikut kumpulan masing-masing. Kami juga dikehendaki menyediakan tepuk sorak. Selepas selesai semua pembentangan aktiviti diteruskan dengan majlis penutup. Banyak peristiwa sedih semasa majlis penutup ini, terutamanya gimiknya. Terdapat sekelompok pelajar yang menangis.Selepas itu kami mengemas beg, makan tengah hari dan kemudian pulang ke Kolej PERMATApintar dengan menaiki bas.
Walaupun ini kali pertama saya menyertai kem seperti ini, saya merasakan kem ini memberi kesan kepada saya. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai kem ini. Kem pada tahun ini memberi makna yang amat besar terhadap semua pelajar. Kami telah belajar untuk menghormati dan menyayangi pemimpin kita. Saya berharap agar kem seperti ini diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya.
Dilaporkan Oleh, 26 APRIL 2017.
MUNIRAH,
………………………………
MUNIRAH MUNAWWARAH BINTI KHAIRUL HISHAM
Setiausaha, 2K2
Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Comments
Post a Comment