PEPERIKSAAN PERCUBAAN KEDAH (BM2)

a)
i. Sarah menatang dulang makanan untuk dibawa kepada tetamu.
Ii.Seorang daripada orang asli itu menjinjing sebuah bakul yan dipenuhi
sayur dari hutan.
Iii. Cheong mengandar barang jualannya untuk dijual di pekan.
iv.Ahmad terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke arah dapur.
v. Azman mengheret guni baja itu kerana dia tidak mampu untuk
mengangkatnya.
vi. Ibu menyorong kereta tolak adik ke dalam rumah kerana hujan sudah
mulai turun.


b)i.Khatijah ingin mengetahui sebab Norhayati tidak datang ke sekolah
pada hari sebelumnya.
ii.Khatijah meminta maaf daripada Norhayati dan menjelaskan bahawa
dia ada hal di rumahnya.
iii.Khatijah ingin tahu sebab Norhayati tidak ke sekolah dan meminta
Norhayati menceritakan kepadanya.
iv.Khatijah menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan
menyelesaikannya bersama-sama.
v.Norhayati menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah
seminggu terlantar di hospital.
vi. Khatijah terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu
Norhayati agar cepat sembuh.


c)Kesalahan ejaan:
i. kuih muih – kuih-muih
ii. menggembeleng - menggembleng
iii. balasungkawa – belasungkawa


Kesalahan ejaan:
. i. berhormat – kehormat
ii.menghadkan – mengehadkan
iii. hilang – kehilangan


d)
Kesalahan penggunaan kata:
i.dimasyhurkan – dinobatkan / diisytiharkan
ii.menjelma – menjelang
iii.jamuan – santapan


Kesalahan tatabahasa:
i.daripada – oleh
ii.Hasani Pasar Raya – Pasar Raya Hasani
iii. dua setengah jam – dua jam setengah


e.i)Siti menjadi tulang belakang keluarganya setelah kehilangan ayah
mereka.
ii.Alia telah mendapat anak buah baharu pada petang kelmarin.


iii.Roslan sedang mencari jalan mengenai konflik keluarganya.




Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif