Latihan Pemenggalan Ayat

1.Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada kegiatan manusia seperti berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran serta penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

2.Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula yang membawa kepada pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut kerana mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

3.Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen disiarkan oleh RTM dan di TV3 kini meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk juga.

4.Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer dan diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

5.Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak ini dikarang oleh Darulsalam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya bercuti ke Pulau Sayak dan mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

6.Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan tetapi keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.

7.Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius mencemaskan manusia di seluruh dunia yang berpunca daripada sifat haloba manusia dengan memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif