Jurnal Harian
Sudah sekian lama sejak kali terakhir aku menaip keyboard laptop untuk menaip jurnal. Maklumlah buat jurnal ni ada musim juga, ada musim rajin sangat setiap hari nak tulis ada musim menyepi dimana korang macam hilang ingatan yang korang ada blog. Ni pun buat comeback sebab cikgu mior nak finalis carrymarks. Hari ni nak story pasal hari anugerah batch aku. Ok nak bagi spoiler lah skit eh, majlis ni bapak hambar. Mana tak nya kau jemput budak batch lain tapi kesudahannnya kurang daripada setengah batch yang datang. Itu tak pe lagi yang lagi menyakitkan hati aku ni, budak budak K3 yang katanya amatlah bersemangat nak buat bende alah ni. Tulah korang yang kali nak buat something fikirlah masak masak sampai hangit pon tak pe ni tidak asal disebut je terus setuju bukan nak fikir baik buruk aktiviti ni. Yang kitorang budak K1 K2 ni pon malas lah nak gado nanti kang kata tak bagi komitmen lah untuk carrymarks la apa lah segala mak nenek nak alasan. Ni memang aku geram ada ke waktu hari majlis berlangsung yang uruskan backstage, tentatif and others semua budak K1 K2 mana pergi nya K3 yang kata nak ugut pakai carrymarks. Bila tanya alasan sebab bende x jadi so malas nak teruskan. Eh, kepala lutut kau bende tengah jadi takkan nak tinggal je so terpaksalah kami mengambil alih. Tulah nampak sangat pengurusan yang amatlah gred F. Pastu bila orang tegur kata yang kitorang bajet lah sebab carrymarks kitorang separuh lah nak cari gado lah. Tah hapa hapa lah diorang ni yang penting persembahan paling best K2 ah (bagi aku).
Comments
Post a Comment