Jurnal Harian

Hari ini saya ingin meluahkan kesepian saya dimana sejak masuk sem 2 ini kami telah bertukar teman sebilik. Saya agak sedih kerana saya sudah cukup bahagia bersama teman sebilik lama saya. Kerana setiap  kali saya masuk bilik pasti dia dah ada dalam bilik. Kami selalu berborak tentang kisah-kisah yang berlaku pada kami. Kami selalu bergelak ketawa bersama dan juga suasana bilik yang cerah dan aman. Kami berkongsi suka duka bersama di dalam bilik itu. Tetapi semuanya berubah apabila masuk sem 2. Bukan saya nak kata teman sebilik saya yang baru ni bosan tapi saya memerlukan seseorang yang sentiasa ada dengan saya kerana baru pulang cuti ni apabila saya keseorangan saya akan menjadi amat down, sedih, homesick dan sangat merindui mak ayah saya. Lagi satu yang saya tidak sanggup apabila bilik say berada di tingkat atas sekai aduhhh bagai nak tercabut kaki saya naik tangga tambahan pula dengan bilik depan yang tak berpenghuni ditambahkan  lagi dengan tiada rakan yang best juga suasana bilik yang gelap , suram dan sejuk. Dahulu bagi saya bilik tu bagaikan syurga ada saja aktiviti yang saya nak lakukan di dalam bilik.Tetapi sekarang kalau boleh saya tak nak duduk bilik sebab teman sebilik baru saya selalu tak masuk bilik dan ye macam anada tahu saya tak bahagia. Sekarang bila masuk bilik mesti saya rasa tak ahu nak buat apa dan tiba tiba rasa sangat rindu akan mak saya. Saya ni bukan jenis orang yang suka pergi bilik kawan tambahan pula blik kawan saya jauh. Lagi satu jiran tetangga saya semuanya bosan tak sporting diorang lebih suka menghabiskn masa di dalam bilik tidak seperti jiran lama yang bising, kecoh dan ramah. Saya ingat lagi sewaktu bersama jiran jiran lama kami menonton movie bersama sama. Tak mengapa lah wahai diriku mungkin Allah lebih tau apa yang terbaik buatku dan sabarlah menempuhi ujian ini takpe lagi 5 bulan saja. Mungkin Allah bagi kegembiraan kau lambat dan mungkin ini adalah salah satu pengalaman buatku untuk aku lebih mematangkan diri dalam menjalani kehidupan. Macam yang orang cakap dalam hidup ni kau akan jumpa ramai orang yang berlainan perangai dan kau akan tempuhi banyak perkara yang kau tak ingini kerana ini semua pengalaman.

Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif