Jurnal harian ( 26 April 2016 )
Dengar dari tajuk mesti semua dah tau siapa yang selalu sebut ayat “Kipidap” tu kan? hihi. Untuk pengetahuan semua, minggu lalu telah diadakan Majlis Pelancaran dan Doa Selamat sebuah filem terbaru iaitu “Kipidap, Selamatkan Hari Jadi“. Filem tersebut akan dilakonkan oleh Ayahanda Rani Kulup dan akan menjalani penggambaran bermula harini. Moga semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
MiG Online boleh confirm mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton lakonan pertama Ayahanda Rani Kulup bergandingan bersama pelakon Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Aizat Hassan dan 3 orang pelakon cilik kan?
MiG Online harapkan, penonton dan pembaca akan terus berikan sokongan dengan menonton filem-filem tempatan kita pada masa akan datang ok? Kipidap! Jom layan gambar di sekitar Majlis Pelancaran dan Doa Selamat “Kipidap, Selamatkan Hari Jadi”
Comments
Post a Comment