Jurnal Harian ( 14 April 2016 )
Apa yang dilakukan oleh penyanyi bertaraf antarabangsa , Yuna ini perlu dijadikan contoh kepada kita semua. Meminta maaf kepada seseorang itu tidak perlu mengira umur ataupun sesiapa yang berada di pihak yang betul atau salah. Yuna mengambil tindakan yang bijak dan seharusnya layak dipuji apabila beliau menulis di ruangan instagram meminta maaf kepada seorang peminat bawah umur yang menegur cara pemakaian Yuna beberapa hari lepas.Gara-gara penggunaan perkataan “Kamu” itu mula viral, netizen mula bertindak menghentam Yuna dan adik tersebut walhal Yuna sedikitpun tidak terniat ingin membesarkan isu tersebut. Mungkin bagi Yuna perkataan “Kamu”itu tidak patut diguna kepada orang yang lebih tua namun orang ramai menganggap perkataan itu hanya perkara biasa sahaja.Malah, akaun adik tersebut turut dikecam oleh peminat Yuna. Enggan membiarkan isu ini berlarutan, Yuna dengan rendah diri memohon maaf kepada adik tersebut. Berikut merupakan kata-kata positif Yuna:
Salam adik, I’m so sorry this became viral. Just know that I care and kak Yuna tak berniat nak jadikan ni isu besar. I love you and I hope you’ll become a successful person. Good luck with everything sayang. Remember to be best person you can be and the best kind of person does not say anything bad about other people
Adik tersebut membalas kembali kata-kata Yuna dengan berkata:
Takpelah, benda dah jadi pun… Saya minta maaf sekali lagi
Dalam isu ini, tiada siapa yang salah pun sebenarnya, ada betulnya apa yang ditegur si adik itu dan juga Yuna. Mungkin timbul sedikit salah faham, tidak semua orang akan faham dengan cara penyampaian sebenar mesej kita dalam media sosial ni. Jadi, sebagai pengajaran, berhati-hati ketika ingin menulis sesuatu di media sosial ya!
Comments
Post a Comment