Jurnal Harian ( 13 April 2016 )

Berhati-hati ketika luah kata-kata, kalau boleh elakkan bergaduh menerusi mesej. Zaman sekarang ni, salah sikit, kena kecam. Mungkin suatu hari nasib anda berada di tangan seseorang yang bertindak sehingga memviralkan di media sosial, siapa tahu kan? Jadi, berfikir dahulu sebelum bertindak. Normal jika manusia tidak boleh kawal nafsu marah, tetapi anda masih boleh berfikir dengan waras dan ketahui apa kesan buruk bakal berlaku. Okay jom kita usha, kenapa perlu elakkan bergaduh menerusi mesej? Kami ada 6 alasan yang munasabah.

Apa Reaksi Mereka?

Paling sakit hati, mesej kita sebenarnya marah, tetapi mereka anggap itu cuma mesej biasa dan mereka reaksi kembali seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pernah kena situasi macam ni tak?

Marah Ke Tak Ni?

Kalau gaduh depan-depan, memang boleh tahu orang tu marah atau tidak kan. Dengar nada suara pun dah tau. Kalau menerusi mesej? Macam mana nak tahu dia marah atau tak? Kadang-kadang gaya mesej macam menyindir, konon-konon nak bagi kita faham sendiri. Kalau yang jenis tak faham bahasa tu macam mana? Haha. Buat penat je taip panjang-panjang..

Hati-Hati, Silap Hari Bulan, Mesej Anda Viral Di Facebook

Haaa yang ini memang bahaya. Kalau nak bergaduh, jangan main cakap je. Kita tak tahu niat orang tu kan. Ambil langkah berhati-hati dan jangan biasakan diri bermain dengan ayat-ayat kesat dan kurang enak okay. Berfikir sebelum bertindak.

Tak Faham Maksud Sebenar Mesej

Kes salah faham ni memang boleh mencetuskan pergaduhan besar. Mungkin mesej dia tak bermaksud apa-apa, tetapi lain pula bagi kita.

Mungkin Dia Sedang Sibuk?

Paling pantang kan bila kita sedang syok luah perasaan marah, tetapi mesej tersebut tak dilayan. Paling teruk, dia kasi bluetick! Fuh memang berderau darah. Haha. Cuba fikir positif, mungkin dia sedang ada hal penting yang perlu diuruskan, mungkin dia sedang sibuk ? bertenang dahulu, dan jangan teruskan perbualan jika masih tiada respon.

Gaduh Dalam Mesej Tak Selesaikan Keadaan, Kena Jumpa Baru Settle !

Gaduh dalam mesej memang tidak akan pernah habis. Bak kata orang, rasa marah tu tak puas. Kalau jenis dua-dua tak nak mengalah? Sampai bila mau habis daaaa….

Hehe. Korang mesti selalu berhadapan dengan situasi ni kan? Biasalah, realiti kehidupan memang macam ni. Tidak kira pasangan mahupun sahabat, sama sahaja. Bergaduh menerusi mesej tidak membantu memulihkan 100% keadaan pun.

Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif