Jurnal harian ( 12 April 2016 )

Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak

Pelakon kacak bergaya Saharul Ridzwan dikatakan bakal bernikah pada 16 September ini, betul ke? Difahamkan, bakal isteri pelakon ini bukan dikalangan artis dan cuma wanita biasa sahaja. Saiapa agaknya wanita bertuah ni ya?

Jika sebelum ini Saharul pernah digossipkan bercinta dengan pelakon Mia Ahmad namun berita itu hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang menarik, Saharul dan wanita misteri itu sudah lama menjalin ikatan cinta dan majlis perkahwinan akan diadakan di Putrajaya.

Dengar cerita, tema perkahwinan Saharul dan bakal isteri berwarna royal blue. Pasti korang tak sabar nak tengok Sajharul jadi raja sehari kan? Apa-apa pun kita nantikan dahulu tindak balas Saharul mengenai berita gembira ini. Jika benar sudah ingin berkahwin, kami ucapkan tahniah kepada Saharul Ridzwan!

Comments

Popular posts from this blog

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

Nota ringkas penulisan kreatif