Jurnal Harian
Hari ini hari Selasa. Sebelum itu saya nak minta maaf pada Cikgu Mior sebab sepatutnya semalam dah wajib menulis jurnal tetapi kemalasan yang membawa keburukan punya salah yang telah membuatkan saya macam ini.
Sambung juranal. Hari ini adalah hari yang paling tidak selesa bagi saya kerana hari ini ada subjek Kimia tetapi lab terlalu panas membuatkan saya berpeluh 120ml. Selepas itu, cikgu Muzik terlalu seronok mengajar kami walaupun kami rasa bosan dalam kelas dia sampaikan saya turun makan tengahari lewat dan terpaksa bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Bukan itu sahaja, saya ini seorang yang tidak suka matapelajaran Matematik jadi saya sangat sedih kerana otak saya sangat hambar dalam memahami Matematik. Jangan salahkan saya, saya dah cuba sedaya upaya untuk sukakna Matematik tetapi hakikatnya Matematik yang tidak suka kepada saya. Saya juga sedikit tertekan apabila saya tidak dapat mengakses internet. Didalam hati saya selalu meraung mengapa internet di PERMATApintar ini perlu log masuk dahulu sedangkan perkara itu tiada guna pun. Yang paling saya tidak puas hati jerawat di muka saya ini bilalah dia nak hilang saya rasa macam saya membawa batu yang sangat besar. Waktu prep amat menyeronokkan kerana saya selalu membuat lawak kepada rakan rakan saya (sangat). yang terakhir sekali ini adalah aktiviti kegemaran saya iaitu beli makan di koop sebab makanan yang dibeli bukanlah daripada duit saya. Rakan -rakan saya yang baik hati ini yang sangat suka membelanja saya. Hanya makanan yang boleh mengubah perasaan yang duka lara ini.
Comments
Post a Comment