Posts

Showing posts from March, 2016

Jurnal Harian

Sekarang pukul 4:35 petang. saya berada di makmal bahasa untuk perjumpaan kelab ICT. Saya tiba tiba rajin menulis jurnal pada waktu petang ini kerana saya lambat 2 minit untuk perjumpaan kelab, yang saya agak tidak puas hati sekali apabila saya tiba, Presiden kelab kami, Ang Jia Jun tidak sampai lagi. Saya berlari bagaikan Usain Bolt di atas trek dan akhir nya garisan penamat yang harus saya harungi tiada lagi. Apa perasaaan anda yang membaca mestilah geram. Tidak mengapa nasib baik makmal bahasa ini sejuk boleh lah saya menikmati kesejukkan ini.

Jurnal Harian

Saya dah 4 hari x tulis jurnal jadi saya di sini ingin memohon maaf kepada cikgu sebab saya telah hutang cikgu 4 jurnal. Hari ini biasa je tidak ada apa apa yang menarik pon tetapi saya tidak berapa suka dengan sistem prep yang baru ni. Dr. Rorlinda kata sistem ni sementara je tetapi saya tidak percayalah seba sisitem DM yang baru ini kata sementara juga tetapi sampai sekarang tidak tukar. Saya tidak mahu tulis panjang panjang sebabjam lagi 3 minit pukul 12 harap cikgu faham, Sekian.

Jurnal harian

Hari ini seronok la jugak sebab jadual kelas semua yang ringan-ringan. Tapi masa kelas Sejarah tadi ada kuiz. Bukan kuiz sangat pun sebenarnya, tapi cikgu nak suruh kami mengulangkaji. Saya jawab soalan sampai rasa nak menangis (dah menangis sebenarnya). Air mata menitik kat atas kertas soalan..huhuhuhuhuhu... Soalan banyak pula tu. Sewaktu mahu keluar kelas, tangan saya tercabut dan tertinggal di dalam kelas sebab lenguh sangat. Ok. Itu hanya animasi. Pada belah petang, kami tiada kelas. Secara 'tak sengaja' saya tertidur sampai jam 6 petang. Bangun daripada tidur rasa macam baru bangun daripada koma dua tahun lagi dua hari nak dekat empat bulan.

Jurnal Harian

Rabu, hari ini hari ini berlalu sama seperti hri hari yang lain. Macam tu je. Perasaan agak gembira jugak kerana markah Fizik agak memuaskan. Tetapi itu semua sementara. sebelum ke kelas Fizik, kami pelajar baru dapat uniform hari Isnin, rasa lega sebab tidak perlu pakai baju putih lagi. Amiiin. Yang paling membuatkan saya gembira sampai nak terjun bangunan ialah kerana hari ini lepas zohor tidak ada kelas. Yeayyyyy yahoooo !!!!! . Memang gembira sebab dapat tidur  lebih masa sikit tapi bukan sekejap secara tidak sengaja nya terlajak tidur sampai pukul 4. Boleh pulak terlupa yang ada perjumpaan Kelab ICT. Nasib baik perjumpaan mula ukul 4:30 petang cuma terlambat 2 minit je. Tak mengapa nasib cikgu tak ade. Saya sebenarnya malas nak but karangan Zika yang cikgu Mior bagi seabab perlu cari maklumat , kene ikut format cikgu lah itu lah ini lah. Lagi malas sebab tidak dibenarkan guna komputer kene tulis tangan. hahahaha malasnya!!!!!! waktu makan petang saya sangat puas hati sebab mak...

Jurnal Harian

Hari ini hari Selasa. Sebelum itu saya nak minta maaf pada Cikgu Mior sebab sepatutnya semalam dah wajib menulis jurnal tetapi kemalasan yang membawa keburukan punya salah yang telah membuatkan saya macam ini.  Sambung juranal. Hari ini adalah hari yang paling tidak selesa bagi saya kerana hari ini ada subjek Kimia tetapi lab terlalu panas membuatkan saya berpeluh 120ml. Selepas itu, cikgu Muzik terlalu seronok mengajar kami walaupun kami rasa bosan dalam kelas dia sampaikan saya turun makan tengahari lewat dan terpaksa bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Bukan itu sahaja, saya ini seorang yang tidak suka matapelajaran Matematik jadi saya sangat sedih kerana otak saya sangat hambar dalam memahami Matematik. Jangan salahkan saya, saya dah cuba sedaya upaya untuk sukakna Matematik tetapi hakikatnya Matematik yang tidak suka kepada saya. Saya juga sedikit tertekan apabila saya tidak dapat mengakses internet. Didalam hati saya selalu meraung mengapa internet di PERMATApintar...