Posts

Showing posts from October, 2018

Karangan Percubaan SPM Pulau Pinang

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli ke...

BINA AYAT BERDASARKAN KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Polemik – Berita mengenai kemalangan yang berlaku di Terowong Menorah menjadi polemik di kalangan penggna jalan raya. Marhaen – Masa depan Negara terletak pada kepercayaan marhaen terhadap pemimpin yang memimpin. Kulawarga – Kulawarga Ahmad sering bercuti ke luar Negara sebagai salah satu aktiviti tahunan mereka. Dasawarsa – Dalam tempoh dasawarsa ini, kerajaan bertungkus lumus mencari cara untuk mengukuhkan ekonomi Negara. Ikhtisar – Pihak pentadbiran perlulah mengambil perhatian mengenai ikhtisar para pelajar untuk membaiki system peraturan sekolah. Amsal – Sebagai anak yang baik kita mestilah membantu ibubapa amsalnya, membantu ayah mencuci kereta. Wasilah – Wasilah di antara penduduk Taman Midah yang kuat menjadikan kejiranan mereka bebas jenayah. Nirmala – Sebagai umat islam kita mestilah meminum air yang nirmala untuk menjamin kecergasan otak. Sakinah – Tuhan akan memberikan sakinah kepada hamba-Nya yang menjaga solat. Sinergi – Sinergi yang dijalinkan ...