Posts

Showing posts from February, 2016

Latihan Sajak

SAJAK KAU DAN AKU - A Rahman Hamid LATIHAN 1. Senaraikan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.    ANSONANSI Perenggan pertama : pengulangan konsonan A Perenggan kedua :  pengulangan konsonan A Perenggan ketiga : pengulangan konsonan A  Perenggan terakhir : pengulangan konsonan A HIPERBOLA Mata bolanya api yang merah  SINKOF PARADOKS IMEJ ALAM INVERSI ANAFORA RESPONSI 2. Berikan tema sajak kau dan aku.  Ayah yang dianiaya 3. Berikan 3 persoalan berdasarkan sajak di atas Apakah nilai murni yang ada di dalam sajak di atas? Apakah perkara yang menunjukkan anak di dalam petikan anak derhaka? Bagaimanakah cara untuk menghindari masalah di atas? 4. Berikan 3 pengajaran berdasarkan sajak di atas  Menghormati ibubapa Bersabar Kasih sayang

Nota gaya bahasa

Image
Image
KONSEP SASTERA Apa itu sastera? -Bahasa Sanskrit iaitu 'castra' dan disebut 'syastra' membawa erti kitab suci. -Satu bidang SENI KREATIF.    'SASTERA' DARI SUDUT BAHASA S eni bahasa A kaliah S ensitiviti T ersurat dan tersirat E stetika R ealiti A lternatif/pelepasan minda GENRE KESUSASTERAAN MELAYU MODEN                                           PROSA                        PUISI PROSA MODEN                       PUISI MODEN                                                            ...

Bina 10 pantun (semangat patriotik)

1. Di waktu petang bermain di taman,     Terjatuh dijalan terluka di kaki,     Malaysia sebuah negara yang aman,     Semangat patriotik haruslah dicontohi. 2. Minum air sambil duduk,     Makan nasi bersama kari,     Jati diri haruslah dipupuk,     sayangi negara sentiasa di hati. 3. Naik rakit menuju ke hulu,     Mendayung rakit menggunakan galah,     Jangan kita berfikiran melulu,     Bersatulah untuk menyelesaikan masalah. 4. Masuk ke hutan mencari rotan,      Untuk dijual di pekan Sani,     Saling memahami jadikan amalan,     Agar negara makmur dan harmoni. 5. Pagi-pagi makan capati,     Makan bersama dengan teh halia,     Rukun negara wajar dipatuhi,     Meningkatkn kecintaan pada negara. 6. Terbang tinggi si burung terkukur,      Istirahat sebentar di pokok sena,      Negar...